- Bahasa Asia
- Pakar Penyetempatan
Pacu Perniagaan Anda Merentasi Sempadan
- Penterjemahan
- Penyetempatan
- Penerbitan Atas Meja
Perkhidmatan Kami
ASIAL10N merupakan penyedia perkhidmatan bahasa yang memberi tumpuan khusus pada bidang penterjemahan dan penyetempatan bahasa di rantau Asia.
Kami bekerjasama dengan begitu banyak syarikat dalam pelbagai jenis industri di seluruh Asia.
Komitmen kami terhadap kualiti, khidmat pelanggan yang sempurna dan harga yang kompetitif menjadikan ASIAL10N pilihan terbaik untuk semua keperluan bahasa Asia anda.
X

Industri terjemahan berkembang dengan begitu pantas dan sehubungan itu kami telah membuat pelaburan yang besar supaya kami boleh melangkah seiring dengan perkembangan teknologi piawaian industri. Walau bagaimanapun, kami tidak pernah sama sekali menggunakan penterjemahan mesin. Serahkan kepada kami untuk menyetempatkan produk anda supaya anda boleh memperluaskan lagi pasaran yang anda kuasai, sambil anda turut menumpukan pada teras perniagaan anda. Ketahui maksud
penyetempatan bagaimana penyetempatan boleh membantu usaha
membawa perniagaan anda merentasi sempadan.
X
Di ASIAL10N, kami merupakan pakar dalam bahasa yang paling kami ketahui, bahasa Asia timur dan tenggara. Kami hanya bekerjasama dengan penterjemah yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti berkualiti serta menetap di negara tempat bahasa ibunda tersebut dituturkan. Jika kerja penterjemahan anda berbentuk teknikal atau khusus, kami akan menyediakan untuk anda penterjemah yang berpendidikan tinggi dalam bidang berkenaan dan sangat biasa dengan kosa katanya. Sebaik sahaja dokumen anda telah diterjemahkan kepada bahasa sasaran, ia akan disunting oleh seorang lagi penutur asli bahasa tersebut. Walaupun semua penyunting kami merupakan penterjemah yang terlatih dan berpengalaman, kerja penyuntingan memerlukan kemahiran yang berbeza dan unik. Kerja penyuntingan memerlukan mata yang tajam untuk mengesahkan butiran yang terperinci dan asas pengetahuan bersilang budaya yang meluas. Jika sesuatu projek yang besar diterjemahkan oleh beberapa orang penterjemah, penyunting akan bertanggungjawab memastikan bahawa istilah dan gaya yang konsisten digunakan dalam keseluruhan teks berkenaan. Pada masa ini jugalah dokumen anda akan diperhalusi dan dirapikan.
Kami pakar dalam bahasa berikut:
- – China Ringkas/Tradisional
- – Jepun
- – Melayu
- – Thai
- – Khmer
- – Tagalog
|
- – Kantonis
- – Korea
- – Indonesian
- – Vietnamese
- – Lao
|
X

Penerbitan atas meja (DTP – desktop publishing) merupakan bidang yang rumit dan ia memerlukan kepakaran artistik dan teknikal yang seimbang–dan kerja ini menjadi lebih kompleks apabila ia melibatkan bahasa Asia. Bahasa Asia yang kami kendalikan mempunyai abjad dan aksara yang berlainan jenis, daripada abjad berasaskan Latin (Tagalog, Vietnam) kepada abjad bukan Roman (Lao, Korea) sehinggalah kepada ejaan sukuan (Thai) dan sistem penulisan piktograf (China). Tanpa kepakaran dan kemahiran setiap jenis sistem penulisan ini sukar dikendalikan dalam program reka bentuk grafik yang standard. Di ASIAL10N, pereka bentuk grafik kami bekerja menggunakan program versi bahasa Asia. Mereka memahami bahasa yang dikendalikan dan meneliti setiap langkah untuk mengekalkan kualitinya. Hasil akhirnya ialah produk yang sempurna dan sepadan dengan dokumen asal anda, mengekalkan integriti terjemahan dan menepati atau melebihi piawaian dalam dunia penerbitan antarabangsa, disampaikan kepada anda dalam format yang dapat anda gunakan.
X
Di ASIAL10N, walaupun kami menggunakan teknologi tinggi, kami tetap meyakini kualiti gaya lama. Sebahagian besar daripada industri terjemahan dijalankan secara jarak jauh: hampir setiap penyedia perkhidmatan bahasa yang utama beroperasi menggunakan sumber luar dengan beberapa orang pengurus projek yang memantau kemajuan puluhan malah ratusan penterjemah dan penyunting yang tidak dikenali di seluruh dunia. Di ASIAL10N, kami agak berbeza. Kami mengkhusus dalam bahasa yang paling kami ketahui, bahasa Asia timur dan tenggara–dan semua penterjemah dan penyunting kami bekerja secara dalaman, di pejabat kami di dalam negara, diambil bekerja secara terus oleh syarikat kami. Mereka telah disaring daripada segi kualiti bahasa dan kelayakan serta rujukan mereka telah disemak dengan teliti sebelum mereka ditawarkan jawatan; sebaik sahaja mereka menyertai pasukan kami yang eksklusif, mereka menjalani latihan yang intensif tentang standard kualiti dan proses kerja AsiaL10N.
Kami mengenali penterjemah kami, kami meyakini mereka dan kami menjaga mereka, dengan gaji yang berdaya saing, manfaat dan persekitaran kerja yang cemerlang. Pejabat kami, termasuk bangunan pejabat kami di Bangkok, berciri moden dan selesa, dilengkapi dengan meja yang ergonomik dan teknologi terkini. Kami menghimpunkan pasukan kami bersama-sama dari seluruh Asia untuk program wacana harmoni dan latihan pembinaan pasukan serta memupuk semangat berpasukan dan keakraban yang mentakrifkan ASIAL10N
X
Industri terjemahan berkembang dengan pantas dan kami membuat pelaburan yang besar supaya boleh bergerak seiring dengan teknologi piawaian industri. Daripada perisian komputer kami kepada suite penerbitan atas meja, alat terjemahan bantuan komputer, kamus khusus dan juga perisian lain, kami menggunakan alat industri yang terkini bagi menyediakan penyelesaian yang pantas, cekap dan serasi sepenuhnya dengan keperluan bahasa anda. Tidak seperti kebanyakan syarikat di Asia, kami tidak menggunakan perisian cetak rompak; kami melakukan kerja kami dengan betul dan kami melakukannya dengan baik.
X
Pelanggan kami merupakan peneraju dalam industri dan kerajaan, dan kami memahami keperluan aspek kerahsiaan dan sikap amanah. Kami mengambil serius keselamatan maklumat anda. Semua ahli pasukan kami menandatangani perjanjian ketakdedahan dan maklumat dikongsi hanya atas dasar perlu mengetahui yang ketat. Kami juga menjalankan audit keselamatan secara rutin bagi memastikan bahawa infrastruktur teknologi maklumat kami menepati standard keselamatan yang tinggi.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan perkhidmatan kami untuk menepati keperluan anda, sila hubungi kami hari ini dengan menggunakan alamat enquiry@asialion.com.
Setelah beberapa tahun berlalu, kami berjaya memperkemas kaedah kami.
Apabila anda bekerja dengan ASIAL10N, anda pasti kagum dengan kelancaran proses penterjemahan yang berlangsung.
- 2010
2010
Perluasan Pejabat Bangkok dan Penstrukturan Semula Kumpulan
Perluasan Pejabat Bangkok dan Penstrukturan Semula Kumpulan
Bagi menampung kekuatan pasukan kami yang semakin berkembang, pejabat kami di Bangkok telah berpindah ke bangunan kami sendiri setinggi empat tingkat di tengah-tengah kawasan Kedutaan yang eksklusif. Penstrukturan besar-besaran telah dijalankan, menyiapkan kemudahan IT terkini yang boleh dipertingkatkan bagi menyokong pertumbuhan pada masa hadapan.
- 2009
2009
Pembukaan Pejabat Serantau ke-3 di Shanghai
Sebagai sebahagian daripada perkembangan strategik syarikat dan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi terhadap bahasa China, pejabat di Shanghai telah dibangunkan untuk mendapatkan yang terbaik daripada kumpulan bakat modal insan di negara China.
- 2007
2007
Pembukaan Pejabat Serantau Osaka, Jepun
Disebabkan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan bahasa Jepun kami, ASIAL10N telah membuka pejabat kami yang pertama di Osaka, Jepun bagi menempatkan dan mengembangkan pasukan ahli bahasa kami sendiri untuk bahasa Jepun. Ini telah membolehkan kami mengekalkan standard kualiti yang tinggi secara tekal, terutamanya untuk para pelanggan yang sudah lama berurusan dengan kami.
- 2005
2005
Pengembangan Serantau Pertama di Bangkok, Thailand
ASIAL10N berkembang ke pejabat luar negara kami yang pertama di Bangkok. Kami telah memindahkan Pengurus Projek, Pakar QA (Jaminan Kualiti) dan DTP (Penerbitan Atas Meja) kami dari Singapura ke Bangkok sebgaai usaha pemindahan pengetahuan kami di samping melatih pasukan perkhidmatan menyeluruh yang mantap. Di sinilah kami mula membina pasukan ahli bahasa dalaman kami sendiri, bermula dengan bahasa Thai.
- 1998
1998
Kelahiran ASIAL10N di Singapura
ASIAL10N bermula sebagai sebuah pejabat kecil yang disokong terutamanya oleh Vendor Berbilang Bahasa (MLV - Multilanguage Vendor) di peringkat antarabangsa.
X
Eloise Ho
CEO (Ketua Pegawai Eksekutif)
Selama lebih daripada 15 tahun, Eloise telah menjadi daya penggerak di sebalik kejayaan ASIAL10N. Beliau merupakan pencinta bahasa yang sejati, fasih dalam enam bahasa dan tiga dialek. Dengan ijazah dalam bidang perdagangan daripada University of Western Australia, Eloise telah memulakan kerjaya beliau dengan syarikat penyetempatan yang terkemuka. Sebelum ini beliau pernah merantau dan bekerja di Amerika Syarikat, Indonesia, Korea, Jepun dan China. Di sanalah beliau menggilap kemahiran penjualan, pemasaran dan pengurusan projek beliau sehingga membolehkan Eloise menubuhkan ASIAL10N di Singapura. Kini, Eloise menyelia pejabat serantau kami di Shanghai, Osaka, Bangkok dan Singapura. Apabila beliau tidak melakukan perjalanan atas urusan perniagaan, Eloise menghabiskan kebanyakan masa beliau di pejabat ASIAL10N di Bangkok.
X
Sirikalya Udomsilp
Pengurus Besar, Bangkok
Dengan pengalaman penyetempatan selama lebih daripada 17 tahun, termasuklah peranan perintis di Alpnet Thailand dan SDL di Singapura dan Shenzhen, Sirikalya membawa pengetahuan yang mendalam tentang industri ini ke ASIAL10N. Beliau bertugas di pejabat Bangkok dan menguruskan operasi hari ke hari, perhubungan insan, perakaunan, pengambilan pekerja dan banyak lagi merentasi semua pejabat kami. Beliau merupakan penutur asli bahasa Thai dan fasih berbahasa Inggeris.
X
Asa Jiang
Pengurus Cawangan, Shanghai
Pada tahun 2009, Asa Jiang menyertai ASIAL10N untuk membantu kami membuka pejabat kami yang baharu di Shanghai. Melalui usaha gigih Asa, semangat perintis dan latar belakang beliau yang mantap daripada segi bahasa disertai pula pengalaman industri melebihi 11 tahun dalam bidang penterjemahan dan penyetempatan, pada hari ini pejabat di Shanghai telah meraih kejayaan yang membanggakan. Sebagai penutur asli bahasa Mandarin yang juga fasih berbahasa Inggeris, tanggungjawab Asa termasuklah pengambilan pekerja, latihan, perancangan strategik dan penyeliaan operasi hari ke hari di pejabat ASIAL10N di Shanghai.
X
Juleen Weller
Pengurus Projek Kanan, Bangkok
Pengurusan projek yang sempurna ialah kunci kejayaan projek penterjemahan dan penyetempatan dan tiada yang lebih mengetahui perkara ini dibandingkan dengan Juleen Weller. Juleen menyertai ASIAL10N pada tahun 2006 untuk membuka pejabat kami di Bangkok, membawa bersama-sama beliau pengalaman bertahun-tahun lamanya dalam bidang pengurusan projek dan jaminan kualiti dalam industri penyetempatan. Selain menguruskan projek secara terus, Juleen bertanggungjawab untuk menyelia dan melatih pasukan pengurusan projek di ASIAL10N. Beliau merupakan penutur asli bahasa Inggeris, beliau juga fasih berbahasa Afrikaans dan Thai.
Eloise Ho
CEO (Ketua Pegawai Eksekutif)
Selama lebih daripada 15 tahun, Eloise telah menjadi daya penggerak di sebalik kejayaan ASIAL10N. Beliau merupakan pencinta bahasa yang sejati, fasih dalam enam bahasa dan tiga dialek. lebih
Sirikalya Udomsilp
Pengurus Besar, Bangkok
Dengan pengalaman penyetempatan selama lebih daripada 17 tahun, termasuklah peranan perintis di Alpnet Thailand dan SDL di Singapura dan Shenzhen, Sirikalya ... lebih
Asa Jiang
Pengurus Cawangan, Shanghai
Pada tahun 2009, Asa Jiang menyertai ASIAL10N untuk membantu kami membuka pejabat kami yang baharu di Shanghai. Melalui usaha gigih Asa, semangat perintis ... lebih
Juleen Weller
Pengurus Projek Kanan, Bangkok
Pengurusan projek yang sempurna ialah kunci kejayaan projek penterjemahan dan penyetempatan dan tiada yang lebih mengetahui perkara ini dibandingkan ... lebih
Kami ialah sebuah firma penyetempatan dan penterjemahan yang kukuh dan semakin berkembang di Asia dengan pejabat yang terletak di Singapura, Shanghai, Bangkok dan Osaka. Kami menawarkan persekitaran kerja yang dinamik, berbilang budaya dan bertaraf antarabangsa dan kini kami sedang mencari calon yang tepat untuk menyertai kami dalam pertumbuhan ini.
Pejabat Kami – Klik Untuk Alamat Pejabat
Singapura
#44-01 Suntec Tower One
7 Temasek Boulevard
Singapore 038987
Tel: +65 6726 7692
Thailand
11/4 Soi Ruam Rudee,
Ploenchit Road, Lumpini,
Pathumwan, Bangkok 10330 Thailand
Tel: +66(0)2-255 9697
China
No.222 Huaihai Middle Road
Rm 30, 26F, Lippo Plaza
Huangpu District
Shanghai 200021, China
Jepun
Soken Midosuji Building,
2F5-13 Awaji-machi,
3-chomeChuo-ku,
Osaka 541-0047